Hari terakhir 2018

          2018 direzekikan kami untuk ke Pakistan. Menariknya perjalanan ialah bermula dari Amritsar, India. Penerbangan pertama Air Asia ke Amritsar. Walaupun ia terletaknya Golden Temple, tempat sembahyang ugama Sikh. Namun India ialah India. Serabut. Sampai di airport, terus ambil cab di kaunter terus ke MA Backpackers, Amritsar dan keesokan harinya checkout terus ke Wagah Border, nak ke Lahore, Pakistan. Kalini menggunakan servis Ola perlukan simkad India). Tunggu kastam buka, dan digeledah lagi sekali. Very strict and time consuming. Kami bawa quran terjemahan untuk diwakafkan. Alhamdulillah Allah tolong, memang lepas saja.

          


          Dari Wagah seterusnya masuk ke Pakistan. Dari India border ke Paksitan border, ada bas shuttle disediakan. Nampak dari jauh, bendera Pakistan tinggi besar. Perasaan relief, akhirnya. Walaupun ada trem disediakan tapi dengan orang yang ramai, kami menapak ke pos depan tempat teksi semua berkumpul. Dan seterusnya agen pun sampai, Husnain Rajpoot. :) Alhamdulillah smooth saja perjalanan selepas itu. Kami menggunakan servis guide dari Haris Ali Shah (FB). Keseluruhannya adalah tiptop.

         Trip kami ke Pakistan adalah ke North Pakistan. Straight ke Khunjerab Pass, Pakistan - China Border. Cuaca di North memang sejuk, mandi air glasier bagai, walau musim panas. It was a nice experience dan wajib kena repeat. Pakistan ialah negara yang luas. Ada North di sana kemudian Karachi di South. Ia negara yang menarik untuk dilawati. Dan sekarang Malaysia sudah visa free ke Pakistan, ia memudahkan lagi. Alhamdulillah.

          Overall dari keseluruhan trip (panjang pulak nak into detail the itinerary). Tempat yang paling saya suka ialah Hunza Valley, Gilgit Baltistan. Hotel kami terletak mengadap Rakaposhi Point. Cuaca sejuk, mandi air glasier di sini. Pagi-pagi morning walk, blend in with local and nature, it was a bless. Teringat-ingat pulak. Kutip epal, anggur tepi jalan ja. Memang sceneric view sangat. Kemudian breakfast di Karimabad pun ada Lady Finger view. Subhanallah. Despite the hustle bumpy Karakoram Highway. Thanks to Husnain adik tour guide yang asik kena buli dan adik pemandu, Nadeem Bhai, dan host kami, Haris. 



          

Comments

Popular Posts