Untuk memulakan perjalanan di Langkawi,
sebaiknya lebih baik mulakan dengan makan ringan sebelum check in hotel pukul 2
pm. Banyak pilihan tempat makan tengah hari, seperti sesimple masakan kampung
di Pekan Rabu, Langkawi. Atau jika anda rajin ke Padang Matsirat. Ataupun
mediocre cafe di Pekan Kuah, atau foreign cuisine di Pantai Chenang. Langkawi
penuh dengan pelbagai pilihan makanan. Antara pilihan menarik ialah Laksa Power
bersebelahan dengan airport. Berdekatan dengan pantai, ia port yang sesuai buat
anak-anak berlarian, menangkap umang-umang dan remis. Walau bagaimanapun, air
pantai kurang bersih sedikit gelap, tidak sesuai untuk mandi.
|
Laksa Power, pantai airport |
Apabila ke Langkawi, jangan lupa trip ke pantai.
Sebaiknya dilakukan samada di waktu petang atau pagi. Pantai pilihan semestinya
Pantai Chenang. Cantiknya sunset senja di Pantai Chenang. Terutama view dari Meritus Pelangi Beach Resort. Terus kelihatan, mentari terbenam mencium gigi laut nun di sana. Immerse in
the infra red. Suasana pagi pun cantik, cuba pergi sebelum pantai sibuk. Lebih
tenang, not crowded.
|
Pantai Chenang |
Untuk breakfast, tempat kegemaran yang boleh dicuba ialah Cactus Restaurant & Cafe. Terletak berdekatan dengan Pantai Tengah, pilihan makanan kebanyakannya ialah western. Namun masih ada nasi lemak, rendang. Pilihan muzik yang dipasang turut sedap didengar. Ramai pelancong luar ke sini, tak kurang pekerja-pekerja hotel berhampiran.
|
One of the breakfast set |
Comments
Post a Comment