Resepi gulai udang nenas dan belimbing buluh inspirasi dari Tunku Puan Pahang
Gulai udang nenas dan belimbing buluh |
Sumber Inspirasi
Inspired from Tunku Puan Pahang IG, maka pagi-pagi ni dah masak gulai udang ni. Simpel sahaja resepinya. Sesuai untuk orang yang pemalas namun rajin nak makan masakan sendiri, dan yang kekurangan bahan-bahan. Senang cepat disediakan bergantung pada kesukaan anda.Resepi
Resepi
Bawang merah 2 ulas
Minyak masak
Rempah kari daging. Boleh gunakan kari ikan jika nak atau tiada.
Air secukupnya
Santan seringgit
Nenas masak
Udang
Belimbing buluh (optional xwajib letak tapi saya suka rasa masam yang balance kan rasa berlemak)
Tumiskan bawang merah. Masukkan kari daging ke dalam secawan air, larutkan. Lepas bawang sudah garing, masukkan rempah kari daging. Biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan santan bersama-sama air. Masukkan nenas. Biarkan sekejap, masukkan udang. Perlahankan api, masukkan belimbing buluh. Biarkan dengan api perlahan sehingga gulai kari anda pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap. Simpel!
Rasa dan nutrisi
Puji masakan sendiri, sedap. Hahahaha. Kasi can lah. #selfpraisingday Yang penting, penuh dengan nutrisi. Santan walaupun berlemak namun lemaknya ialah lemak yang sihat. Ingat ya, lemak sihat adalah sangat penting untuk badan yang sihat. Bagi saya, santan lebih berkhasiat daripada gantikan dengan susu cair. Susu cair itu bersifat menggalakkan peradangan. Nenas dan belimbing buluh kaya dengan nutrisi tak kisahlah sebagai sumber serat atau nutrien yang lain. Makanan nusantara memang terbaik. Rempah kari pun kaya dengan bahan-bahan baik untuk kesihatan. Enjoy the food and get the nutrients. Let food be your medicine.
Comments
Post a Comment