Body wash bunga telang menggunakan essential oils ylang ylang?

Essential oils ylang ylang

Essential oils ylang ylang, bunga telang

Ylang ylang ialah essential oils yang mempunyai beberapa gred. Menurut Tisserand essential ylang-ylang melalui proses pemisahan semasa proses penyulingan. Terdapat 5 gred ylang ylang essential oil iaitu extra, I, II, III dan complete. Proses ini langsung tak sama dengan penyulingan semula. Ylang ylang sering digunakan dalam blend untuk menaikkan mood seseorang. Namun, pendapat personal saya, bau bunga kenanga lagi best berbanding ylang ylang essential oil. After effect pada saya lepas gunakan ylang ylang essential oil biasanya akan menyebabkan sakit kepala berdenyut. Kesan setiap individu adalah berbeza kerana tiap manusia ialah biochemically unique.

Bunga telang kaya dengan antioksidan. Khasiatnya baik untuk kesihatan wanita jika diminum. Baik untuk UTI dan pelbagai lagi. bunga telang kering biasanya lebih cepat bertindak balas mengeluarkan warna berbanding bunga telang fresh. Sifatnya ini mampun menjadikan bunga telang sebagai pewarna biru yang natural. Namun, sifat bahan natural ini, ia mudah teroksida dengan masa dan penyimpanan. Maka don't expect warnanya kekal menarik  pewarna sintetik.

Body wash

Body wash

Menggunakan castile soap atau sumber betaine adalah mudah dan murah untuk menghasilkan homemade DIY body wash. Resepi untuk menghasilkan sabun adalah unik. Biasanya saya menggunakan air probiotik samada kombucha atau booch. Kekadang menggunakan water kefir sebagai campuran. Probiotics bukan sahaja membantu dalaman usus namun juga bagus untuk kulit. Rugi sangat bagi yang suka menggunakan sabun antiseptic seperti dettol. Habis microbiome kulit akan musnah. Sedih. Walhal sebenarnya we are more than microb than human. 

Resepi body wash

Botol kaca sebagai packaging body wash sebab tahan essential oil dan probiotics
Betaine atau castile soap 3/4 part
Sumber probiotics atau air bunga telang atau infused water pilihan 1/4 part
Virgin coconut oil atau olive oil atau sebarang carrier oil bergantung pada kesukaan dan tujuan less than 1/4 part
Essential oil pilihan bergantung pada kesukaan dan tujuan 40 titis kesemua
Glycerin 1 teaspoon

Cara membuatnya adalah mudah. Masukkan sumber sabun, diikuti carrier oil. Titiskan essential oils dan seterusnya masukkan sumber air samada infused water atau probiotics drink. 

Masa penyediaan ialah 30 minit or less.

Fresh dari bawah rumah. 

Siapa nak bunga telang kering boleh whatsapp Kebun Mimpi (search di FB ya)

Dari kiri. 1. Teh bunga telang 2. Untuk water kefir bunga telang 3. Untuk sabun bunga telang 4. Kombucha atau booch bunga telang

Serius sangat berkesan untuk UTI. Case study diri sendiri.

Sabun bunga telang with ylang ylang essential oil.

Comments

Popular Posts